Tular ucapan Tun M tidak mahu rayakan Hari Kebangsaan
Tular sedutan ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad susulan bekas Perdana Menteri dua kali itu menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya semalam.
“Saya tidak rayakan Hari Merdeka kerana kita tak merdeka,” katanya ketika berucap dalam satu program pada 24 Ogos lalu.
Rata-rata memberi reaksi sinis melihatkan kehadiran Mahathir termasuk menyebut “Tun M Mudah Lupa”.
Ungkapan itu sindiran kepada “Melayu Mudah Lupa” yang pernah diucapkan Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) atas kapasiti presiden parti dahulu.
Ada juga mengingatkan bagaimana bekas Ahli Parlimen Langkawi itu akan bertindak campur tangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam setiap pentadbiran Perdana Menteri.
Tindakan Mahathir itu bermula sejak zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman hingga era Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak kurang juga menganggap ucapan Mahathir tidak merayakan Hari Kebangsaan sebagai satu bentuk hasutan namun tidak berjaya sehingga bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sendiri hadir di Dataran Putrajaya.
“Padahal, rakyat berkobar-kobar beratur seawal 3 pagi untuk menyaksikan sendiri kawad perbarisan,” ulas pelayar TikTok, dearhatijah.
Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia bersama-sama menyokong kerajaan Madani diterajui PMX agar negara terus berada dalam keadaan stabil sekaligus meyakinkan pelabur luar.
Semalam, Mahathir hadir di Dataran Putrajaya dilihat bergambar berlatar belakang aset negara yang ketika itu sedang melakukan perarakan.
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga sempat berjumpa dan beramah mesra dengan orang ramai pada sekitar jam 9 pagi.
BACA JUGA Jualan tiket Pestabola Merdeka terjejas teruk, dahsyat penangan kempen boikot Ultras Malaya
Â