Marah betul rakyat negara haram itu, ratusan ribu turun ke jalanan, Satanyahu muncul ‘trending’
Marah betul rakyat negara haram Israel apabila mendesak Benjamin Netanyahu menyegerakan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas susulan kematian enam tebusan.
Ratusan ribu penunjuk perasaan menggegarkan Tel Aviv dengan bantahan besar-besaran berlaku ketika lebih 88 peratus wilayah Gaza kini musnah dikerjakan Israel.
Protes anti kerajaan di luar pejabat Netanyahu di Baitulmaqdis Barat itu antara terbesar pernah berlaku di Israel sejak genosid terhadap Gaza mengorbankan lebih 40,000 nyawa dalam tempoh hampir 11 bulan keganasan berlaku.
Dalam aksi unjuk rasa itu, demonstran antara lain memekik, “Sekarang! Sekarang!” dalam usaha menuntut Netanyahu bertindak demi menyelamatkan baki tawanan.
Memetik Al Jazeera, pergelutan antara pasukan keselamatan tercetus semalam dengan penunjuk perasaan yang menyekat jalan raya di Tel Aviv.
Kemarahan penduduk Israel juga dilihat meruap di laman X apabila “Satanyahu” muncul sohor kini dengan rata-rata mengutuk dan memaksa Netanyahu meletak jawatan atas isu gencatan senjata di Gaza.
Terdahulu, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah menemukan mayat enam tebusannya yang ditahan oleh kumpulan pejuang Hamas di Genting Gaza.
Menerusi satu kenyataan, IDF memaklumkan, mayat-mayat itu ditemukan kelmarin dalam sebuah terowong bawah tanah di kawasan Rafah, selatan Gaza.
Kesemua tebusan itu dikenal pasti sebagai Carmel Gat, Eden Yerushalmi, Hersh Goldberg-Polin, Alexander Lobanov, Almog Sarusi dan Sarjan Ori Danino.
Ekoran itu, Netanyahu berikrar untuk ‘membalas dendam’ terhadap Hamas ketika pengganas Israel melakukan serangan besar-besaran di Tebing Barat yang diduduki dan mendakwa membunuh sekurang-kurangnya sembilan pejuang Palestin.
BACA JUGA Salah buat keputusan betul, ini rupanya musim terakhir mendakap Liverpool