Pembangkang cetus fitnah dari penat lelah anak-anak kita
Oleh AHMAD MURSI
Seramai 2,000 pelajar anak-anak bersusah payah berlatih dua bulan untuk persembahan ‘human graphic’ sempena Hari Merdeka hingga ada yang demam.
Sebahagiannya menganggap itu sebagai memori terindah mereka. Ibu bapa pula bangga anak mereka terlibat sama.
Malangnya, pembangkang PN-Pas ‘cut’ video untuk tohmah persembahan ini dengan isu 3R.
Banyak corak grafik dipamerkan dengan banyak bahasa dan corak mewakili pelbagai kaum, budaya dan rantau untuk pamerkan keunikan, kepelbagaian dan keindahan Malaysia.
Namun, pembangkang hanya menyebarkan video tulisan Mandarin untuk mencetuskan fitnah dan dibuang bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Iban, Murut.
Kalau tunjuk satu bahasa sahaja, tidak nampaklah warna-warni dan kepelbagaian rakyat Malaysia.
Sebenarnya, rakyat Malaysia sudah lama hidup aman harmoni tidak kira kaum, tetapi yang cuba merosakkannya ialah ahli politik rasis yang menjadikan persengketaan kaum sebagai modal politik.
PN-Pas berjaya tiup api perkauman dalam PRU15. Jadi, mereka cuba pastikan api itu terus bernyala kerana keresahan kaum untungkan politik sempit mereka.
Keseronokan sambutan Hari Merdeka masih tidak hilang. Media luar negara juga ada melaporkan secara live. Saudara kita di Palestin juga meraikan.
Tetapi keseronokan itu cuba dihilangkan dengan cetusan fitnah perkauman. Jangan kita benarkan.
Berhati-hatilah kerana persamaan antara Khawarij, Dajjal dan Ulama’ Su’ ialah mereka semua pencetus fitnah.
BACA JUGA ‘Murahdahni’ berbanding era PN, peniaga ayam goreng dan nasi ayam dah patut turun harga