Tular warga Bangladesh pakai kemeja-T PDRM, ini penjelasan IPD Barat Daya

Bukan kerana isteri polis seperti didakwa warganet susulan tularnya rakaman video memaparkan gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai baju-T tertera logo PDRM dan nama IPD Barat Daya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal dilapor semalam berkata, video itu dikesan pihaknya pada jam 1.30 tengahari selepas dimuat naik pemilik akaun TikTok @muhammad.firdaus025.

“T-shirt berkenaan dibuat sekitar tahun 2016 dan tujuan penggunaan baju-T ini adalah bagi aktiviti sosial seperti senaman, gotong-royong dan sebagainya.

“Sebarang penggunaan baju-T berkenaan tidak ada kena mengena dengan penugasan rasmi PDRM di daerah Barat Daya,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Kamarul Rizal menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video berkenaan.

Sebelum ini, tular rakaman video berdurasi 23 saat gelagat seorang lelaki yang didakwa warga Bangladesh memakai baju-T tertera logo PDRM dan nama IPD Barat Daya.

BACA JUGA PN “tak faham” mengapa perlu isytihar harta, apa kata Mahfuz?