Gelojoh macam budak baru nak ‘up’
Oleh AHMAD MURSI
Memorandum Persefahaman (MoU) untuk peruntukan Ahli Parlimen pembangkang masih dalam perundingan, sebab itu dipanggil ‘draf’.
Hairannya, ahli politik senior seperti Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berperangai seperti ‘budak-budak baru nak up’, hebahkan di media.
Sepatutnya berikan maklum balas terus pada pasukan rundingan, barulah bijak.
Tindakannya itu dilihat seolah-olah dia sendiri berniat untuk menggagalkan MoU itu.
Asasnya, tiada undang-undang atau peruntukan Perlembagaan yang mewajibkan kerajaan menyediakan peruntukan kepada pembangkang.
Hanya budi bicara kerajaan memerintah, dan kerajaan telah bersetuju cuma perlu berunding.
Ini kerana urusan mentadbir dan mengurus kewangan negara adalah tugas kerajaan, bukan tugas pembangkang.
Rakyat bayar gaji pembangkang tugasnya untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan tetapi pembangkang gagal lakukan. Sebaliknya lebih banyak meniup api 3R (kaum, agama, dan raja-raja).
Sebab itu, Takiyuddin dan PN-Pas seperti tidak setuju syarat 3R dimasukkan.
Itu sahaja kebolehan pembangkang yang ada. Ramai Ahli Parlimen Pas yang ustaz-ustaz tak faham berkaitan dasar awam (public policy).
Pemimpin pembangkang pula lebih berminat ponteng dan ‘berdebat’ di Facebook sorang-sorang berbanding di Parlimen. Barulah nampak ‘hebat’.
Syarat agar sokong kerajaan habiskan penggal Parlimen ke-15 itu munasabah untuk kestabilan politik negara.
Itu juga tujuan Akta Lompat Parti digubal zaman PN-Pas jadi kerajaan dulu. Tiada yang pelik. Ramai pelabur masuk pun sebab kestabilan itu.
Mungkin Takiyuddin masih bermimpi ‘cukup jemlooh’ dan anggap kerajaan Madani rapuh seperti zaman Tebok Atap hingga terpaksa tandatangan MoU.
Walhal, dia tidak berada di kedudukan untuk ‘demand’ lebih-lebih.
Hal berkait isytihar harta pula tentulah perlu. Jika diandaikan kerajaan setuju adakan peruntukan RM3 juta setahun, mestilah duit itu dipastikan untuk manfaat rakyat dan bukan digunakan untuk memperkayakan MP pembangkang.
BACA JUGA Sanusi akhirnya akui kahwin dua dengan polis