‘Power betul’, Murid SJKC nyanyi lagu Negaraku beserta rap buat ramai kagum

Persembahan empat orang murid di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dari Joe Flizzow dan Faizal Tahir membuatkan ramai kagum.

Ramai memuji kefasihan mereka menyanyi dalam bahasa Melayu serta melakukan rap.

Dalam satu video dikongsi di TikTok, empat orang murid dilihat sedang berlatih persembahan nyanyian dengan dibantu seorang guru.

Video nyanyian dengan paparan lirik pada skrin di belakang itu meraih lebih 500,000 tontonan dan hampir 30,000 tanda suka.

Penguna TikTok rata-rata mengatakan persembahan itu dijayakan dengan semangat muhibah sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Mereka juga memuji inisiatif dilakukan para guru untuk memupuk semangat cintakan negara dan bahasa Kebangsaan dalam diri murid sekolah 

Selain itu ada yang memaklumkan bahawa semua guru di sekolah SJKC kebiasaannya akan mengajar murid-murid dengan lagu patriotik ketika bulan kemerdekaan.

“SJKC mana ni, power betul,” kata pengguna TikTok @tayarberpusing.

“Tahniah cikgu. Saya tahu sekolah SJKC sentiasa mempersembahkan persembahan patriotik,” kata @Simelurputih.

“Tahniah cikgu. Ini adalah contoh sempurna rakyat Malaysia hidup dalam harmoni,” kata @Saadiah pula.

Sementara itu ramai yang memberi galakkan agar lebih banyak ‘content’ murid-murid menggunakan bahasa Melayu diketengahkan.

BACA JUGA Jumlah pelaburan meningkat lagi? Mengapa? Ini sebabnya…