Tahniah penyokong Pas, rakyat Kedah akhirnya dapat ‘mak’ baru

Penyokong Pas terutamanya rakyat Kedah disindir dapat ‘mak’ baru susulan pengesahan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sudah beristeri dua.

Kejayaan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berpoligami berlaku ketika pencapaiannya dalam memajukan Kedah masih dalam teka-teki.

Heboh diperkatakan beberapa projek mega yang diumumkan kerajaan Kedah gagal disiapkan walaupun Sanusi berdalih kononnya syarikat pelaburan swasta sebagai pelaksana berdepan kekangan dalam perniagaan.

Contohnya, projek litar lumba antarabangsa dan stadium di Sungai Petani, kata Sanusi, merupakan pelaburan syarikat swasta bukannya kerajaan negeri.

Susulan kejayaan Sanusi mengahwini seorang pegawai polis sebagai isteri kedua, ramai mengucapkan ‘tahniah’ kepada penyokong tegar Pas khususnya rakyat Kedah.

“Akhirnya walaun dapat juga “mak” baru. Maka janganlah lagi ditanya apa pencapaian
Sanusi untuk Kedah,” perli pengguna X, Adam Yusuf.

Dalam masa sama, ada kalangan warganet turut ‘menjenamakan’ semula The Greater Kedah yang dibanggakan Sanusi.

“The Greater Kedah kena bermula dari rumah tangga. Kalau 1… great je. Kalau 2… greater,” sindir @Pakutekan2020 pula.

Sanusi pada 25 Ogos lalu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman berkata, The Greater Kedah merupakan gagasan besar negeri untuk tempoh jangka panjang melibatkan keseluruhan aspek berkepentingan negeri.

Dia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, sebuah Jawatankuasa Pemandu Jawatankuasa Pelaksana dan Sekretariat The Greater Kedah ditubuhkan bagi memastikan agenda The Greater Kedah dapat dicapai.

Menurutnya, jawatankuasa terlibat sedang menyediakan draf pertama Blueprint The Greater Kedah yang dijangka dilancarkan hujung September ini.

BACA JUGA Pejabat Mat Sabu nafi poster tular minta pesawah berjimatÂ