4 sebab pembangkang patut cermin diri sebelum mengata PMX
OLEH NORMAN RADZUAN
Cermin diri sendiri sebelum mengata orang. Pembangkang bawa isu warung kopi
Sungguh lucu pembangkang yang ada sekarang ini. Ekonomi negara dikagumi dunia sehingga PM New Zealand mengakui hadir bertemu PMX untuk belajar bagaimana PMX menguruskan ekonomi negara.
Semalam pelbagai sindiran dilakukan pembangkang dengan mempersoalkan antara PMX dan Putin. Siapa yang ingin bertemu siapa?
Isunya pertemuan itu untuk mengeratkan lagi hubungan Malaysia dan Russia. Putin sendiri memberitahu media dalam pertemuan bersama PMX antara dibincangkan untuk memperluaskan perdagangan dengan Malaysia.
Siapa jumpa siapa itu tidak penting. Sedangkan kerajaan tidak mempertikaikan pertemuan pembangkang bertemu dengan PM New Zealand. Sama ada pembangkang atau PM New Zealand mahu bertemu tidak penting.
Adalah perkara biasa pimpinan luar negara bertemu ketua pembangkang seperti mana dilakukan PMX sendiri. Jadi apa isunya sekarang?
1) Sebab itu pembangkang mesti selalu cerminkan diri sendiri dahulu sebelum mengata PMX. Mahiaddin selepas angkat sumpah sebagai PM terpaksa memperkenalkan diri kepada Presiden Indonesia, Jokowi.
Sedangkan PMX berpuluh ucapan tahniah diterimanya. Malah beberapa pimpinan dunia menghubungi sendiri PMX untuk ucapan tahniah sedangkan Mahiaddin terpaksa menghubungi ketua kerajaan bahawa dia adalah PM yang baru. Dunia tidak mengenali Mahiaddin!
2) Begitu juga Hadi Awang berbanding dengan Anwar. Siapa pimpinan luar yang kenal Hadi Awang atau memberi penghormatan kepadanya? Sedangkan PMX disambut luar biasa oleh PM India.
3) PMX tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh menerusi edisi terbaharu ‘The Muslim 500: The World’s Most Influential Muslim 2024.’
4) Perdana Menteri New Zealand pun tidak bertemu Hadi Awang apatah lagi yang lain. Hadi Awang hanya hebat dalam kalangan orang Melayu itu pun di Pantai Timur dan Utara sahaja.
Selalulah melihat cermin sebelum berkata kata, jangan menghakimi diri sendiri. Kata Umar Al Khatab, “Bila engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau hendak mencacinya. maka cacilah dirimu, kerana barangkali celamu lebih banyak darinya.”
Kerajaan yang baik kerana bukan sahaja kerana pasukannya hebat tetapi mempunyai pembangkang yang hebat. Pembangkang yang menjadi check and balance kepada kerajaan.
Tapi sayang isu yang dibawa isu warung kopi. Sehingga penulis terfikir jika begini corak pemikiran pembangkang, bagaimana nanti jika menjadi kerajaan? Bila memerintah 33 bulan nyata mereka gagal hingga ramai menaikkan bendera putih.
Kata peribahasa, ‘Tiada tahu menari, dikatakan lantai jungkang jungkit’. Jika tidak tahu menguruskan negara jangan orang lain dipersalahkan. Belajar-belajarlah sering melihat cermin.
Dalam Parlimen merepek, di luar Parlimen lagilah merepek. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Sebenarnya pembangkang takut populariti Anwar bertambah hebat.
Nak nafikan ekonomi tidak boleh lagi sebab pakar ekonomi dunia memuji negara kita. Dicari perkara karut marut sesuai dengan corak pemikiran penyokong mereka.
BACA JUGA Buat ‘content’ crush dengan pelajar sekolah rendah, ini jawapan tegas menteri