Raih emas kedua di Paralimpik Paris 2024, Fahmi anggap Bonnie luar biasa
Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan Malaysia pingat emas kedua di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengungguli aksi powerlifting di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Pencapaian cemerlang atlet kelahiran Sarawak itu turut mendapat pujian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
“Terima Kasih Bonnie kerana menyumbangkan emas kedua buat negara.
“Anda luar biasa! TAHNIAH!!,” tulisnya di platform X.

Beraksi dalam kategori 72 kilogram (kg) lelaki, juara bertahan dari Tokyo 2020 itu tidak bermasalah mempertahankan emas miliknya selepas melakukan angkatan 221 kg pada cubaan pertama.
Malah, angkatan Bonnie yang juga pemegang rekod dunia sebelum ini dengan 231 kg jelas jauh daripada pencabarnya yang lain ketika itu.
Terdahulu, Malaysia meraih pingat emas pertama di Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), 2 September lalu.
BACA JUGA Rakaman Taufan Yagi mengganas tersebar, gerun tengok kelajuannya
Â