Gempar projek loji air tenggelam sedalam 19 meter, tebing sungai runtuh

Tebing sungai runtuh dan menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berdekatan Idaman BSP Taman Mas, Puchong hari ini.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan pukul 4.14 petang tadi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bergegas ke tempat kejadian.

“Komander operasi melaporkan bahawa berlaku runtuhan tebing sungai dan telah menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air sedalam 19 meter.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota bomba membuat pemantauan dan memaklumkan kepada pihak pengurusan pembinaan bagi memberhentikan kerja-kerja pembinaan.

Tambahnya, bomba turut meminta pihak tersebut menghubungi Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya bagi memastikan kawasan runtuhan selamat untuk kerja pembinaan diteruskan.

@utusantvofficial

7 SEPT 24: Runtuhan tebing sungai telah menenggelamkan kawasan Pembinaan Projek Loji Rawatan Air sedalam 19 meter. 📍Taman Mas Puchong. 📽 Bomba Selangor. #trendingnewsmalaysia #beritatiktok #fyp

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

BACA JUGA Ini sebabnya polis pantau Global Ikhwan