Henti segera isu Teressa agar tidak jejas peluang UMNO menang DUN Mahkota

AMANAH Wilayah Persekutuan menyeru agar isu pensijilan halal yang dibangkitkan oleh seorang ahli DAP baru-baru ini tidak dipanjangkan lagi.

Ia dibimbangi menjejaskan kepercayaan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota sekaligus mengganggu peluang kemenangan UMNO, kata Naib Pengerusinya Ahmad Asri Talib.

“Sudah tentunya pihak pembangkang yang memang sinonim dengan isu 3R dapat menjadikan isu halal ini sebagai senjata utama mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Asri, pengundi selain bumiputera perlu dijaga dari segi hal ehwal kefahaman Islam tentang isu sebenar, bukannya dengan jawapan yang tidak sopan.

“Pihak Pakatan Harapan – Barisan Nasional dapatlah sekiranya mengambil langkah bijak agar isu sebegini dapat diselesaikan hingga tidak menjejaskan kemenangan UMNO di PRK DUN Mahkota nanti,” katanya lagi.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian PH.

Beliau berkata, Teresa tidak sewajarnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang disifatkan tidak membantu untuk menjernihkan keadaan.

BACA JUGA Netizen korek siapa ‘Puan Mira’ kontraktor kantin MRSM Taiping