Bersatu terkilan, kecewa Annuar angkat bendera putih di Mahkota sebelum pencalonan

Pengarah pilihan raya Bersatu Datuk Abdul Rahman Masudi kecewa dan terkilan dengan tindakan ahli jawatankuasa pusat Pas Tan Sri Annuar Musa yang telah mengibarkan bendera putih di DUN Mahkota sebelum hari penamaan calon.

Selaras dengan itu, Annuar dituntut memohon maaf secara terbuka kepada Bersatu dan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau turut dinasihatkan menarik balik kenyataannya.

“Setiausaha agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan sendiri telah menjelaskan bahawa DUN Mahkota bukan kubu kuat mana-mana parti tetapi Annuar dilihat amat tidak professional dan ada agenda tertentu dengan mendakwa calon BN akan menang dengan lebih 20,000 undi.

“Sebagai seorang yang telah lama melibatkan diri dalam arena politik Annuar dinasihatkan untuk menarik kenyataan ini dengan satu permohonan maaf terbuka kepada Bersatu dan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata Rahman dalam satu kenyataan semalam.

Annuar menzahirkan keyakinannya bahawa BN akan memenangi DUN Mahkota dengan majoriti yang kelmarin.

Beliau yakin BN akan mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 20,000 undi.