Teresa Kok melambai di Bukit Aman pagi ini
Teresa Kok pagi ini dilihat melambai ke arah petugas media ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 9.42 pagi tadi.
Ahli Parlimen Seputeh itu hadir untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.
Pemimpin DAP berkenaan ditemani peguam Syahredzan Johan.
Terdahulu, polis dilapor membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyentuh isu agama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Razarudin menambah Teresa juga disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengandungi kenyataan jelik.
BACA JUGA Jangan jadikan isu sijil halal sebagai dorongan kebencian kaum, agama