‘Boleh rujuk dengan Media Prima’ – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, isu tiga penyampai radio Hot FM yang mempersenda dengan meniru gaya ucapan Perdana Menteri boleh dirujuk dengan Media Prima.

Menurut Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkenaan, perkara itu diserah kepada syarikat naungan stesen radio terbabit.

“Ini (isu ini) boleh rujuk dengan Media Prima, ia bukan agensi saya,” katanya ringkas selepas ditanya wartawan pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Kelmarin, tiga penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin atau KJ, Fara Fauzana dan Johan Raja Lawak dikecam selepas mereka memerli gaya ucapan Perdana Menteri.

KJ pada segmen Bekpes Hot mengajuk ungkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu, “Hari ini saya menang… esok, kita makan ramai-ramai.”

Sindiran KJ itu kemudiannya disambut ketawa Fara Fauzana dan Johan Raja Lawak.

Satu konti radio swasta itu juga dilihat mentertawakan Perdana Menteri yang merupakan keadaan tidak pernah berlaku di negara ini.

Malah, KJ berkongsikan detik dia memerli Perdana Menteri termasuk ajukannya, “saya ulang!”

Susulan itu, orang ramai menyifatkan tindakan penyampai radio berkenaan sebagai biadab dan melampau.

Hanya penyokong pembangkang dilihat suka sangat dengan ejekan KJ termasuk memberitahu mereka memboikot PMX bukannya stesen radio biadab itu.

BACA JUGA Model kenderaan dari empat syarikat pengeluar ini dipanggil JPJ