Selepas heboh saling tidak komen di akaun media sosial, akhirnya Fazura fail cerai terhadap Fattah

Selepas heboh diperkatakan netizen apabila aktres, Nur Fazura Sharifuddin dan suaminya Fattah Amin tidak lagi saling meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing, pecah berita penceraian sudah pun difailkan.

Lapor BH Online memetik sumber, Fazura, 41, memfailkan perceraian terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.

“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi.

“Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.

“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” menurut BH Online.

Walau bagaimanapun, sumber berkenaan tidak mendedahkan butiran terperinci mengenai tindakan Fazura itu.

Pada 22 Julai lalu, Fazura menafikan spekulasi rumah tangga bergolak, sambil menjelaskan hubungannya dengan Fattah baik-baik sahaja dan tidak menunjukkan kebahagiaan dalam media sosial bagi menghormati isu Palestin dan penderitaan yang dialami saudara Islam di sana.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

BACA JUGA Dr Maza perjelas bagaimana Perlis jadi pemula dedah isu GISB