Wee Ka Siong, kerajaan Tebuk Atap buat masalah tapi kini kritik Madani pula

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilihat menuding jari dan mencari kesalahan kerajaan Madani ekoran beberapa insiden teknikal membabitkan syarikat Malaysia Airlines (MAS).

Bekas Menteri Pengangkutan itu dilaporkan berkata, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan tidak patut membuatkan krisis keyakinan terhadap MAS berterusan kerana ia boleh menjejaskan reputasi negara dan berpotensi mengundang kerugian.

Susulan itu, Anthony Loke menggesa Wee supaya tidak membuat orang ramai panik susulan kritikannya terhadap isu teknikal pesawat MAS.

Anthony dilaporkan berkata, dakwaan Wee kononnya isu gangguan penerbangan yang dialami MAS menyebabkan berlakunya krisis keyakinan, sebagai kenyataan yang tidak seharusnya dibangkitkan.

Ini kronologi Singapore Airlines (SIAEC) masuk dan penghijrahan jurutera MAS seperti dikongsikan pemerhati politik, Ahmad Mursi:

April 2022 – Kerajaan Tebok Atap sign MoU dengan Singapore Airlines Engineering Company (SIAEC) untuk sewa hangar di Lapangan Terbang Subang. Wee Ka Siong Menteri Penganggkutan pada waktu ini kononnya berjaya menarik pelaburan dari luar berkaitan aeroangkasa.

Disember 2023 – SIAEC mula beroperasi selepas lesen sewa 15 tahun diperoleh.

April 2024 – Beberapa jurutera dan juruteknik MAS tertarik dengan tawaran kerja oleh SIAEC dan berhijrah.

Ogos 2024 – Menteri Anthony Loke akui penghijrahan beberapa jurutera MAS sedikit menganggu operasi. Wee Ka Siong, bekas Menteri yang bertanggungjawab membawa masuk SIAEC, kini mengkritik Kerajaan Madani.

September 2024 – Beberapa kapal terbang MAS berpatah balik disebabkan hal teknikal. PMX beri komitmen akan memperbaiki kedudukan MAS hingga berjaya dengan apa cara sekalipun dan hapuskan amalan kronisme yang dulu merosakkan MAS.

BACA JUGA Kenyataan UMNO jemput Pas jadi anggota BN palsu