Mat Sabu umum tiada lagi caj parkir di MAHA 2024

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan berita baik, tiada lagi caj parkir di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Perkara itu diumumkan beliau sendiri di Facebook pagi ini.

“Saya ingin maklumkan caj parking MAHA2024 dihentikan berkuatkuasa hari ini,” maklumnya.

Harapan Daily sebelum ini melihat aduan mengenai caj parkir yang ditinggalkan di salah satu posting Mohamad.

Pengumuman terbaru menteri ini ternyata mendapat sambutan memberangsangkan dari orang ramai.

Dalam satu hantaran berasingan, Mohamad turut meninjau pergerakan kereta memasuki MAHA 2024.

“Bang Mat lihat pergerakan kereta pengunjung untuk ke MAHA 2024 semakin lancar pagi ini.

Untuk info, tiga bas shuttle percuma telah disediakan di MAHA 2024 buat para pengunjung.

Pada hari pertama sahaja, ruang parkir di MAEPS, Serdang dilaporkan penuh seawal jam 10 pagi.

BACA JUGA Mat Sabu tak puas hati, arah MAHA 2024 sedia tempat solat Jumaat lebih selesa