Bakal calon PM selamba pakai baju produk haram

Disebut-sebut bakal calon Perdana Menteri (PM) dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selamba memakai baju yang mempromosi rokok elektronik atau vape yang sudah diputuskan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan.

Naib Presiden Pas berkenaan mengenakan baju yang dilaporkan menjadi penaja utama Himpunan RXZ Members 6.0 baru-baru ini.

Logo syarikat vape tersebut terpampang di lengan baju berwarna hitam yang dipakai Menteri Besar Terengganu itu.

Menurut Public Health Malaysia, program yang berlangsung selama dua hari bermula 13 September itu melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kerana membenarkan syarikat vape menjadi penaja utama.

Ahmad Samsuri turut berkongsikan aksinya menunggang motosikal jenis RXZ di media sosial.

Semakan mendapati jenama rokok elektronik mengandungi nikotin yang boleh mengakibatkan ketagihan itu dikeluarkan syarikat dari China dengan pelbagai rasa buah-buahan.

Himpunan yang dilaporkan menarik lebih 60,000 peserta dari seluruh negara itu turut meragut tiga nyawa peserta manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan masing-masing satu kes di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Untuk rekod, pengharaman penggunaan vape itu berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 21 Disember 2015.

@drsamtrg

Syukur sekali lagi dapat bersama RXZ Members 6.0. Terima kasih kepada rakyat Terengganu yang turut membuka tangan menyambut mereka dengan baik Hati-hati semua pulang ke tempat masing-masing. Kita jumpa lagi🔥 #rxz_members_official #rxzmember6 #kalautakutjanganikut #rxzmembers #drsam

♬ Langkah Seiringan_Exist – SekilasJiwang

BACA JUGA Peruntukan pembangkang: 4 hujah menjawab PN yang tak sedar diri