Peruntukan pembangkang: 4 hujah menjawab PN yang tak sedar diri
Pembangkang dilihat terus berdolak-dalih apabila menolak dua draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan MADANI berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengemukakan empat alasan blok PN memutuskan sedemikian.
Hamzah mendakwa, cadangan MoU itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral dan agama, selain boleh disalah tafsir, salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.
Mengulas mengenai keputusan PN itu, berikut hujah pemerhati politik, Amer Hamzah membidas empat sebab “fundamental” PN yang dilihat sengaja menunggang Perlembagaan Persekutuan juga sentimen 3R:
1) Bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?
- Jadi, benarlah bahawa Amanat Hadi Awang 1981 adalah amanat songsang? Amanat itu menyatakan bahawa menentang sesiapa yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan adalah kafir dan menentang mereka yang menjunjung Perlembagaan adalah Jihad. Sekarang sudah tidak kafir lagi? Bagaimana dengan kematian 14 orang Pas dulu tu? Mati syahid atau mati katak?
- Tiada peruntukan dalam Akta untuk Ahli Parlimen. Yang ada adalah gaji dan elaun. Peruntukan adalah untuk kawasan Parlimen. Peruntukan Ahli Parlimen adalah atas budi bicara mana-mana Perdana Menteri. Mahu peruntukan tapi dalam masa yang sama mahu tebuk atap. Siapa nak bagi?
2) Bertentangan dengan nilai, budaya dan agama?
- Menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa adalah selari dengan nilai, budaya dan tuntutan agama.
- Isu-isu 3R wajar dan munasabah untuk tidak dijadikan peluru membangkitkan ketidakharmonian dalam negara. Di mana pertentangannya? Lainlah kalau tiada modal nak bangunkan negara maka terpaksa pusing isu 3R macam selalu.
3) Boleh disalahtafsir dan salah guna kuasa?
- Pengisytiharan harta adalah sebagai langkah pencegahan kepada rasuah dan penyelewengan peruntukan untuk meningkatkan akauntabiliti Ahli Parlimen.
- Ini juga dapat meningkatkan intergriti. Di mana salah tafsirnya? Ke ada yang bilionaire?
4) Mengongkong kebebasan?
- Tiada lagi mana-mana rakyat yang ditangkap, dibelasah dan dimasukkan ke dalam lokap setakat ini kerana mengkritik kerajaan.
- Yang mendakwa kononnya mulut kena kunci bagai itu terus-menerus mengkritik dalam semua media sosial. Yang dilarang adalah memfitnah.
Justeru, kalau kamu dah menolak, itu pilihan kamu. Kerajaan MADANI bertanggungjawab untuk memastikan dan mengutamakan kestabilan serta keharmonian negara terus kekal.
BACA JUGA Terkejut artis ini anggap GISBH banyak baiknya