Kerajaan Terengganu didakwa berbulan tak bayar elaun guru Al-Quran?

Guru-guru Al-Quran di Terengganu mendakwa hampir 8 bulan tidak dibayar elaun oleh kerajaan negeri.

Mereka sepatutnya menerima bayaran RM300 setiap bulan. 

Untuk tunggakan selama lapan bulan, kira-kira RM2,400 yang perlu dibayar kerajaan negeri.

Menerusi pendedahan dibuat seorang pelayar X, Fairul al Qasas, dia mendakwa menerima aduan dari seorang wakil kepada guru Al-Quran di bawah DUN Alor Limbat.

ADUN Alor Limbat ialahAriffin Deraman dari Pas.

Dalam mesej yang didedahkan, wakil guru itu memohon agar permasalahan kelewatan elaun disampaikan kepada wakil rakyat DUN tersebut dan juga kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Sudah hampir 8 bulan dah dia orang ni tak dok dapat elaun. Bukan banyak pun dalam RM 300 je sebulan. Supaya sampaikan kepada YAB Menteri Besar. Nyaknye (kesian) ke dia orang ni.

“Mengajar saje je tak dok elaun. Saya bukan nak banding dengan kerajaan zaman BN dulu atau zaman Pas, cuma kalau zaman BN dulu paling lambat pun elaun dia orang ni 2 bulan je lewat. 

“Lening (sekarang ni) kerajaan baru dah lebih 8 bulan dia orang ni tak dapat elaun. Minta lah yang berkenaan sampaikan kepada YB Arifin supaya disegerakan proses pembahagian elaun,” kata aduan itu.

BACA JUGA ‘Jangan taasub pada abuya’