Ringgit di paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan

Ringgit meningkat 7.86 peratus setakat tahun ini, mencatat paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan berbanding dolar AS.

Pada 6 petang tadi, mata wang negara meningkat kepada 4.2535/2645 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 ketika ditutup pada Jumaat, 13 September lalu.

Penganalisis berpendapat ringgit terus menunjukkan prestasi baik berbanding mata wang utama dengan latar belakang makroekonomi yang menggalakkan.

Dalam masa sama, ringgit juga meningkat 5.65 peratus berbanding dolar Singapura kepada 3.2891/2979 berbanding 3.3098/3159 pada 13 September lalu.

Selain meningkat berbanding dolar Singapura, ringgit juga diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang di negara-negara ASEAN.

Mengulas prestasi ringgit yang semakin mengukuh ini, pemerhati berkata terdapat beza hampir RM300 berbanding dolar Singapura dalam tempoh tujuh bulan lalu.

“Bulan Februari 2024, SGD1,000 = RM2,570. Bulan September 2024, SGD1,000 = RM3,290.

“Nak dekat RM300 beza. Ringgit yang makin padu!” kata pengguna X, Najib Bakar.

BACA JUGA Kontroversi GISBH: 3 kes dituduh di mahkamah Putrajaya, Negeri Sembilan esok