Banjir di Kedah semakin buruk, lebih 5,300 jadi mangsa, paras air 6 sungai lebihi tahap bahaya

Banjir di Kedah semakin buruk dengan jumlah mangsa terus bertambah kepada 5,381 orang melibatkan 1,680 keluarga setakat jam 10.05 malam ini.

Dalam masa sama, enam sungai di tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang menunjukkan bacaan aras air melebihi tahap bahaya.

Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir juga, paras air Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar dan Sungai Perik di Kampung Perik, Padang Terap sudah melepasi tahap amaran dengan trend menaik.

Dalam pada itu, 5,381 mangsa banjir di Kedah sedang berlindung di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh daerah.

Banjir sekitar Mukim Derang di daerah Pokok Sena turut menenggelamkan kenderaan ang tidak sempat diselamatkan. Foto: APM Negeri Kedah

Kota Setar mencatatkan 10 PPS telah dibuka sejak 17 September lalu sekaligus rekod daerah paling tinggi diikuti Kubang Pasu dan Pokok Sena masing-masing tujuh dan lima PPS.

Menurut laman web Info Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga, beberapa PPS di Kedah sudah pun melebihi kapasiti.

PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Merah di Pendang sudah mencecah kapasiti 216 peratus, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Alor Setar (143 peratus) dan PPS Sekolah Kebangsaan Convent Kedah telah melebihi kapasiti 131 peratus.

BACA JUGA Genap 26 tahun Reformasi: Himpunan Gerakan Rakyat di Bukit Jalil esok

Â