Selepas pembangkang asyik tuntut letak jawatan, ini cabaran PM Anwar
Pas yang dominan dalam blok pembangkang tidak sudah-sudah menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Tuntutan sama terus disuarakan Pas pada Muktamar Tahunan ke-70 parti dikepalai Tan Sri Abdul Hadi Awang itu di Temerloh, minggu lalu.
Serentak tuntutan Perikatan Nasional (PN) yang ketagih mahu tebuk atap’ itu, Anwar mencabar PN untuk membentangkan usul berkenaan di Dewan Rakyat.
Terbaharu, dalam Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat malam tadi apabila Anwar mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.
Presiden PKR berkenaan berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk melepaskan jawatan.
“Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum. Nak turunkan sila, saya beri jaminan, ada usul sidang Parlimen pertengahan Oktober (14 Oktober).
“Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.. sempat, kalau lambat pun saya luluskan,” katanya lagi.
BACA JUGA ‘Muka ini juga yang nak pergi tolong Kedah esok!’