Subuh lagi markas GISBH di Bandar Country Homes kena serbu besar-besaran
Seramai 50 pegawai dan 200 anggota Polis Kontinjen Selangor serta Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) melakukan serbuan di Bandar Country Homes, Rawang Subuh tadi yang menempatkan banyak premis perniagaan dimiliki rangkaian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).
Serbuan besar-besaran bermula jam 6.30 pagi itu turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).
Pelbagai pusat perniagaan diperiksa termasuk restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, pencetakan, pasar raya dan kedai bakeri.
Turut digempur pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan bentuk perniagaan lain yang semuanya menggunakan nama GISBH.
Memetik BH, polis melakukan pemeriksaan terhadap individu termasuk sebahagian kanak-kanak di lokasi tersebut.
Anggota penguatkuasaan MPS juga melakukan sitaan premis dan merampas peralatan untuk aktiviti perniagaan GISBH.
Pihak MPS juga merobohkan struktur GISBH yang dibina secara salah, antaranya kawasan padang dijadikan restoran dan gerai.
BACA JUGA Dr Osman Bakar dilantik Rektor UIAM