5.5 juta kunjungi MAHA 24, RM16.99 juta jualan direkodkan
MAHA 2024 yang menutup tirai semalam mencatatkan lebih lima juta mengunjunginya dengan produk makanan popular paling laris dijual di pameran kali ini.
Program pameran dua tahun sekali itu mencatatkan jualan RM16.99 juta atau 35 peratus dari jualan di MAHA kali ini.
Menurut pihak penganjur, seramai 5,510,356 orang telah mengunjungi MAHA kali ini sehingga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu tidur hampir setiap malam di Maeps, Serdang tempat berlangsungnya pameran ini.
Nilai jualan keseluruhan program tahun ini adalah RM48.55 juta manakala nilai MoU dan MoA adalah RM7.2 billion.
Agro Bank yang menyediakan sistem QR-pay telah mencatatkan jualan RM4.06 juta sepanjang tempoh pameran iaitu dari 11 hingga 22 September.
Sebanyak 209,352 transaksi yang menggunakan QR-pay Agro Bank telah berjalan kali ini.
BACA JUGA Mat Sabu umum tiada lagi caj parkir di MAHA 2024