Sze Fei-Izzuddin akhiri kemarau 35 tahun, ini jumlah ganjaran berjaya dibawa pulang
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia selepas muncul juara beregu lelaki di Terbuka China menewaskan gandingan tuan rumah.
Pasangan ranking ke-12 dunia itu mempamer kebangkitan epik
apabila mengatasi lawan mereka itu 13-21, 21-12, 21-17 pada aksi final yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Changzhou.
Kali terakhir Malaysia menang di Terbuka China adalah ketika gandingan adik beradik, Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif Sidek muncul juara beregu pada edisi 1989.
Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai lumayan AS$148,000 (RM622,000) manakala tuan rumah Ji Ting-Xiang Yu selaku naib juara meraih AS$70,000 (RM294,000).
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada pasangan beregu lelaki negara atas kejayaan tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata, kemenangan ini bukan mudah untuk digapai dan ia harus diraikan oleh semua peminat sukan badminton negara, apatah lagi mereka berdepan dengan lawan yang merupakan pilihan kelima.
“Kemenangan ini merupakan pencapaian sulung Goh Sze Fei-Nur Izzuddin membawa pulang gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000,” katanya.
BACA JUGA Ada “lubuk walaun” dalam Jabatan Agama Islam Melaka?