PM bertemu Jakim, gesa siasat ajaran menyimpang dari agama Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dan agensi penguat kuasa yang lain untuk menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang dari ajaran agama Islam.

Dalam pertemuan bersama jabatan itu hari ini, Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil serius pegangan akidah dan syariat umat Islam di negara ini.

“Platform ini penting mengambil kira perkembangan mutakhir khususnya mengenai prospek ekonomi dalam sektor halal di dalam dan luar negara, yang menagih kebersamaan antara agensi persekutuan bagi membantu merancakkan lagi industri halal Malaysia.

“Pertemuan ini turut menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran yang menyimpang daripada fahaman ahli sunnah wal jaamah.

“Justeru menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh JAKIM dan agensi penguat kuasa bagi menyiasat serta membenteras segala bentuk aliran yang menyimpang sehingga ke akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga memohon agar negara dilindungi dari sebarang bahaya dan ancaman yang menyimpanh sehingga boleh merosakkan pegangan sebenar akidah umat Islam

“Intiha, saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI mengambil serius perkara sebegini yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di Malaysia,” katanya.

BACA JUGA Izzuddin dapat hadiah berganda, timang anak sulung lepas jadi juara