PRK DUN Mahkota: Tentera, polis mengundi awal hari ini

Seramai 4,911 pengundi awal bakal menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota yang baharu, hari ini.

Daripada jumlah itu, 4,510 anggota tentera dan pasangan manakala bakinya ialah polis.

Untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, proses pengundian awal ditetapkan berlangsung di tiga pusat.

Ia membabitkan pusat mengundi awal iaitu Dewan Mahkota dalam Kem Mahkota, Dewan Pengaman Zamrud Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sir Ibrahim.

Kedua-dua pusat mengundi berkenaan dibuka mulai 8 pagi sebelum ditutup pada jam 5 petang.

Mengenai ramalan cuaca hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca di bandar Kluang adalah baik pada pagi ini sebelum ribut petir dijangka melanda di sebelah petang.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

BACA JUGA Hadi terkejut, kakitangan Jaim yang masukkan gambar beliau dalam khutbah diambil tindakan