Alat kelui meletup di Lubnan pun PN kait dengan MAHB
Orang ramai menyelar Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal apabila Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu mengaitkan insiden letupan alat kelui di Lubnan dengan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Dalam ceramah kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Wan Fayhsal mendakwa alat letupan dalam peranti di Lubnan itu masuk melalui lapangan terbang.
“Macam mana Israel boleh letak alat macam bom yang meletup dalam pager yang diimport dan digunakan oleh Hizbullah?
“Mestilah benda itu masuk ikut lapangan terbang, kargo.
“Kalau lapangan terbang kita dikawal oleh orang yang mempunyai agenda jahat yang terang-terang menyokong Israel, keselamatan rakyat kita belum tentu terjamin.
“Ismail Haniyeh syahid di Iran, korang rasa macam mana?
“Macam mana keselamatan protokol di Iran lumpuh, bocor, tempang kalau tidak bukan kerana lapangan terbang mereka dimasuki oleh ejen-ejen Mossad,” dakwa Wan Ahmad Fayhsal begitu yakin menerusi ciapan di platform X.
Susulan itu, rata-rata mengecam dan menyindir Wan Fayhsal selain mencadangkan agar pemimpin PN itu dikenakan tindakan atas cubaan menakutkan orang ramai.
“Orang dah tahu macam mana Israel buat, dia masih nak menipu orang ramai lagi. Mereka tak buat di lapangan terbanglah. Mereka buat di kilang terus! Takde kerja nak buat di airport pula.
“Wan Fayhsal ni buat lawak ke? Yang dia tayang tu pager ke handphone?
“Dia ingat rakyat Malaysia ni macam budak-budak Armada ke apa? Dari (isu) cetak duit, surat sokongan, tabayyun. Malas aku layan,” demikian pendapat warganet.
Sebelum ini, Wan Fayhsal begitu ‘bising’ mempersoal keputusan penjualan sebahagian saham MAHB selepas menerima satu surat layang mendedahkan ‘dalang’ di sebalik keputusan tersebut.
Malah, wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu secara terbuka turut menamakan individu terbabit yang didakwanya pegawai atasan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dia juga pernah cuba untuk mengemukakan usul tergempar bagi menggesa penangguhan atau pembatalan penjualan sebahagian saham MAHB kepada syarikat berkait BlackRock.
Dalam masa sama, Wan Fayhsal disifatkan salah ketuk pintu apabila menyerahkan memorandum bantahan mengenai pengambilalihan kepentingan MAHB kepada Kementerian Pengangkutan sedangkan sepatutnya Khazanah.
BACA JUGA Selepas Ikhwan di Putrajaya, muncul pula ‘Irwan’ dalam hutan