Selepas Ikhwan di Putrajaya, muncul pula ‘Irwan’ dalam hutan
Satu kumpulan ajaran sesat diketuai Irwan Alias muncul dan berkampung di kawasan hutan dekat Muallim di Perak.
Pendedahan mengenai ajaran sesat yang melatih golongan muda bertapa “Jom Jalan Naik Langit” itu ketika negara masih belum reda dengan fenomena “pasar Ikhwan di Putrajaya” oleh GISB Holdings (GISBH).
Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas) Malaysia hari ini mendedahkan kewujudan kumpulan Arasy Eco Dusun yang sebelumnya dikenali sebagai Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).
“Kumpulan ini sudah berada di bawah pemantauan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin.
“Terkini, kumpulan ini makin membesar di “Perkampungan Akhir Zaman” hanya untuk sesama ahli mereka sahaja,” menurut Pukas.
Irwan dikatakan berasal dari Kuala Terengganu yang didakwa mengamalkan ajaran sesat batiniyyah Jawa ‘Manunggaling Kawula Gusti’.
Pukas menyifatkaan wujud penyelewengan akidah yang disebarkan DPEIN disebalik tema memerangi riba.
Menerusi rakaman video yang dimuatnaik Pukas, peserta terdiri daripada kumpulan lelaki dan wanita dibawa ke Pulau Besar di Melaka untuk berbai’ah dengan ajaran batiniah Irwan Alias.
Turut dikongsi gambar Irwan mengadakan ritual bertapa di tanah perkuburan serta foto individu berkenaan bersama ‘guru tauhid’, Zoonfakli @ Zulkifli Dahlin.
Pesara tentera yang berasal dari Johor itu didakwa mendalami ilmu kebatinan cincin batu mistik.
BACA JUGA Mandi pakai ubat gigi, bayar RM50 untuk ‘tongkat power’, jet pun boleh jatuh