Guru sekolah menengah didakwa dera mental pelajar, status FB penuh kata kesat
Seorang bapa meluahkan rasa bimbang selepas seorang guru di sebuah sekolah menengah perempuan di Teluk Intan, Perak didakwa berkelakuan tidak waras dan mendera mental pelajar sekolah.
Menerusi perkongsian di laman kumpulan Facebook Teluk Intan, bapa itu mendakwa anaknya tertekan untuk ke sekolah gara-gara sikap guru berkenaan yang mentalnya tidak stabil.
Individu yang menggunakan akaun Ali Imran itu berkata, walaupun pelbagai aduan sudah dibuat tetapi guru berkenaan masih lagi dibenarkan mengajar.
Apa yang mengejutkan, carian Harapan Daily mendapati akaun Facebook guru berkenaan penuh dengan hantaran-hantaran kesat dan bahasa lucah.
Kali terakhir akaun itu aktif adalah pada semalam dengan hantaran mengutuk seseorang yang langsung tidak menggambarkan imej seorang guru.
“Salam semua nak tanya. Anda ada anak yang bersekolah tapi gurunya mentally unstable? Saya ada. Anak saya bersekolah di SMK Convent Teluk Intan.
“Hari-hari didera mental dengan Cikgu Yaya. Walaupun pelbagai aduan dah dibuat tapi guru ini masih mengajar. Lihat sahaja di Facebook miliknya, macam ini ke guru yang mengajar anak bangsa?
“Mengucap panjang tengok. Harap ada pihak boleh ambil tindakan. Saya mohon sangat. Anak saya sampai tertekan nak pergi sekolah. Mohon bantuan Jabatan Pendidikan Negeri Perak,” luah bapa berkenaan.
Sumber Harapan Daily memberitahu, pelajar di sekolah berkenaan pernah dilempar dengan kata-kata kesat seperti “bodoh” dan akan dimalukan di hadapan kelas jika berbuat kesalahan.
Boleh dikatakan hampir setiap hari mental didera dengan guru tersebut sehinggakan ada antara mereka yang enggan mahu ke sekolah.
“Kita dah pernah pergi sekolah, berdepan dengan salah seorang guru. Kita tanya kenapa anak kita kena macam tu. (Respon diberi) cikgu tu memang ada sakit mental tapi tak nak makan ubat. Cikgu tu memang banyak abuse mental pelajar,” kata sumber.
Guru berkenaan dikatakan pernah mencari gaduh dan memaki guru lain berdasarkan perbualan WhatsApp yang dilihat portal ini.
Justeru jabatan pendidikan negeri termasuk menteri pendidikan diseru untuk menyiasat kes tersebut.
BACA JUGA Mandi pakai ubat gigi, bayar RM50 untuk ‘tongkat power’ jet pun boleh jatuh