Mandi pakai ubat gigi, bayar RM50 untuk ‘tongkat power’, jet pun boleh jatuh
Seorang bekas jemaah pertubuhan Al-Arqam tampil menceritakan pengalamannya termasuk mandi hanya dibenarkan menggunakan ubat gigi.
Lelaki berkenaan memberitahu mereka dilarang mandi membersihkan badan dengan menggunakan sabun semasa dikenakan perintah kuarantin.
Berkongsi pengalamannya dengan Syihabudin Ahmad, bekas ahli Al-Arqam tersebut berkata, mandi menggunakan ubat gigi itu kononnya bagi membersihkan banyak dosa atau dipanggil ‘bisa’.
“Kalau mandi tak boleh pakai sabun, pakai Colgate. Itu memang arahan.
“Sejuk badan (kesan ubat gigi), sapu muka, sapu badan, kononnya Colgate boleh buang ‘bisa’ badan.
“Kena sucikan diri dengan mandi Colgate. Dah siap mandi semua solat jemaah, lepas solat baca doa…(yang menyebut tentang Abuya),” katanya.
Selain itu, beliau menceritakan mengenai bayaran yang perlu dijelaskan dipanggil “mas kahwin” berjumlah RM50.
“Bayar RM50 hanya untuk dapatkan kayu dipanggil tongkat power. Kayu itu sebenarnya kayu penggaru belakang.
“Wajib kena dapatkan kayu itu sebab waktu itu dah ditanamkan dalam pemikiran ahli bahawa kita betul-betul dah akhir zaman.
“Kalau ada jet musuh di atas, tunjukkan guna tongkat ‘power’, jet itu jatuh,” katanya lagi.
BACA JUGA Tular gambar bersama GISBH, Yusuf Azmi seru Caprice bersemuka