LHDN tiba-tiba muncul ‘trending’, rupanya dikait dengan GISBH
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini muncul ‘trending’ di laman X lantaran dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH).
Rata-rata warganet mempersoalkan bagaimana syarikat tersebut tidak pernah membayar cukai seperti didedahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Antaranya, pengguna X, @sinach_z yang membangkitkan persoalan bagaimana hal itu berlaku dalam tempoh lama.
“Macam mana company sebesar GISBH tak bayar cukai bertahun? Saya tersalah mengisytiharkan satu benda pun, LHDN cari saya tiga tahun lepas tu,” katanya.
Terdapat juga yang menceritakan pengalaman mereka berdepan tindakan tegas LHDN termasuk denda.
“Saya letak ayah sebagai director for a small Sdn Bhd I own pun LHDN dituduh mengelak cukai. Siap denda sampai 45 peratus… kesungguhan dia (LHDN) tu, mengerikan,” tulis @burstaxon.
“Dulu-dulu gaji cukup makan lepas sikit je syarat kena declare tax, beria hantar surat suruh sediakan segala resit. Rebate RM200,RM300 pun bersungguh suruh prove,” kongsi @adamsh_
“Penjawat awam kalau tak buat e-filing sedia je surat pemberitahuan dari LHDN datang,” kata @PusakHeetam.
BACA JUGA ‘Padu sek demo bulih free air kopi O’