‘Padu sek demo bulih free air kopi O’
Tular rakaman video menunjukkan air dari pili berwarna kehitaman dipercayai berlaku di Kelantan yang ditadah menyerupai minuman kopi ‘O’.
Masalah bekalan air yang berlarutan di Kelantan mengundang sindiran warganet termasuk menganggap rakyat majoriti penyokong Pas itu ‘beruntung’ kerana boleh memperoleh aliran air kopi ‘O’ percuma.
Ada juga yang mengusik bertanyakan sama ada itu air paip atau air ketum selain luahan rasa tidak tergamak menggunakan air ‘berkarat’ hitam itu.
Pada 24 Mac lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin memberi jaminan masalah bekalan air di negeri itu dijangka selesai sepenuhnya pada 2028.
Pemimpin Pas berkenaan berkata, hanya 20 peratus kawasan di Kelantan yang berdepan masalah air, bukannya sebahagian besar seperti yang didakwa pelbagai pihak.
Sehubungan itu, Izani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang meminta penduduk yang berdepan masalah air supaya bersabar untuk sedikit masa sahaja lagi sebelum ia diselesaikan sepenuhnya.
BACA JUGA ‘Tazkirah banyak, pakai kopiah putih tapi yang sakau juga ramai’