Formula kolisi Kerajaan Perpaduan berhasil, undi Melayu, Cina meningkat – IDE

Sokongan Melayu kepada Berisan Nasional (BN) menunjukkan peningkatan sebanyak empat peratus pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Menurut analisis Unit Penyelidikan dan Analitik Data Institut Darul Ehsan (IDE), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, gabungan BN-PH membentuk sokongan sebanyak 72 peratus.

“Maka sokongan Melayu kepada gabungan BN-PH telah meningkat 4% apabila BN berjaya meperolehi 76% undi dalam PRK 2024 kali ini,” katanya dalam satu siaran media.

Sokongan pengundi Cina kepada BN-PH turut meningkat sebanyak tiga peratus.

Sementara itu undi sokongan Melayu yang diperolehi Perikatan Nasional dalam PRK kali ini merosot satu peratus.

Bagaimanapun undi sokongan Cina kepada kumpulan itu meningkat satu peratus.

“Melihat kepada sokongan pengundi Cina, pada PRN 2022, gabungan BN-PH mendapat 80% undi (46% + 34 % = 80%). Sokongan Cina kepada BN-PH kini meningkat sebanyak 3%. 

“Peningkatan undi PN bagi pengundi Cina dalam PRK kali ini pula hanya 1%,” ujarnya.

IDE berkata, kaedah mengurangkan ceramah umum seperti PRN DUN Nenggiri membuahkan hasil bagi mengembalikan penyokong BN terus mengundi BN jika dibandingkan dengan pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum 15. 

Gabungan BN-PH dalam kolisi Perpaduan juga jelas memberikan keuntungan perpindahan undi khususnya daripada undi PH termasuk kesediaan pengundi Cina yang dahulunya pengundi tegar PH boleh beralih mengundi BN atas dasar kerjasama politik yang berlaku pasca PRU 15.

“Peralihan undi PH kepada BN adalah suatu yang amat terserlah dalam PRK kali ini mengukuhkan hubungan kolisi Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata kenyataan itu.

Rumusan perbandingan dua pilihan raya

Berdasarkan perbandingan antara dua pilihan raya iaitu PRN2022 dan PRK2024, IDE merumuskan BN berjaya membawa keluar pengundinya 25% (16,611) pada PRN 2022 yang lalu dalam PRK kali ini.

Kemenangan besar BN disumbangkan oleh keserlahan PH berjaya mengalihkan penyokongnya sebanyak 17% (11,445) untuk mengundi Barisan Nasional.

PN, sebagai saingan utama BN dalam PRK 2024 kali ini dapat mengekalkan undi teras mereka sebanyak 7,347 undi, sejumlah undi yang hampir sama mereka peroleh pada 2022 (7,614 undi).

BACA JUGA Penceramah tanpa tauliah akan diambil tindakan, Jawi beri amaran kepada siapa?