Gadis Indonesia ini dedah kenapa Malaysia miliki pengangkutan awam terbaik
Seorang gadis Indonesia meluahkan kekagumannya terhadap Malaysia, menganggap pengangkutan awam di negara ini paling terbaik kerana mempunyai pas perjalanan tanpa had dengan hanya serendah RM10.
Dalam satu perkongsian di akaun X, gadis menggunakan akaun @aliviaawin berkata, ketika berada di Malaysia dia baru menyedari bahawa rakyat Malaysia diberi keistimewaan untuk berjalan ke mana sahaja dengan pas bulanan tersebut.
Dia juga mendakwa baru sedar bahawa negaranya tidak sepeduli itu kepada rakyat sendiri.
“Ketika pindah ke Malaysia dan sadar semua warga Malaysia berhak naik pengangkutan awam dengan harga paling murah. Bahkan bisa beli pas bulanan yang berharga cuma RM50.
“Detik itu juga saya sedar negara saya tidak peduli seperti itu untuk menguruskan kemudahan rakyat sendiri,” katanya.
Tambahnya lagi, perkara itu membuatkan dirinya sedar bahawa kerajaannya sendiri tidak pandai menguruskan negara kerana Rapid KL mengeluarkan pas harian untuk pelancong/warga asing.
Dia juga memuji kerajaan Malaysia kerana memudahkan urusan orang awam dan dengan hanya RM10, rakyat negara ini boleh berjalan satu Kuala Lumpur sepanjang hari.
“RM10 sudah boleh pusing satu KL sepanjang hari sampai muntah.
“Jika ditukarkan mata wang Indonesia, ia berjumlah 35,000 rupiah. Di Jakarta, jumlah itu hanya cukup-cukup untuk pergi ke tempat kerja sahaja,” luah gadis Indonesia itu lagi.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, beberapa rakyat republik itu turut bersetuju dengan kenyataan tersebut, mengatakan mereka tidak pernah terfikir untuk membeli kenderaan di Kuala Lumpur kerana akses kepada pengangkutan awam sangat mudah dan murah.
Ada yang memberitahu, dia telah mengisi kad TNG sebanyak RM150 dan selepas lebih sebulan, baki kad masih banyak lagi.
BACA JUGA PN berkempen pada hari mengundi, dakwa pemimpin DAP