GISBH rupanya dah lama pakai teknik ‘Smurfing’ – Bahagian 1
Oleh ARZIM NAIM
‘Smurf’ adalah kartun semasa saya zaman budak-budak. Smurf ini adalah komuniti segolongan makhluk warna biru, beraktiviti dan bermuamalat sesama mereka.
‘Smurf’ ada Chairman dia namanya ‘Papa Smurf’. Segala aktiviti ahli Smurf dikawal oleh ‘Papa Smurf’.
‘Gargamel’ adalah musuh Smurf. Dia ahli sihir yang sangat jahat dan akan cuba tangkap smurf-smurf.
Kenapa saya cerita pasal Smurf dengan GISBH ni? Tengok gaya GISBH ni dah lama pakai teknik ‘Smurfing’ ni.
Dalam aktiviti cuci-duit atau money laundering, kena ada tiga aktiviti asas: a) Placement (Penempatan), b) Layering (Melapis), dan c) Integration (Integrasi). Teknik Smurfing ini asas 101 dalam proses layering (melapis).
Masalah cuci-duit ini apabila nak cuci dalam jumlah yang banyak. Masa inilah diperlukan smurf-smurf untuk cuci duit tu. Kalau nak transfer duit sekali banyak akan trigger polis atau BNM.
Jadi, bagi amaun yang besar, lalu dipecahkan kepada jumlah kecil. Masa inilah smurf-smurf diperlukan dalam proses layering. Mereka inilah yang diperlukan bagi menggerakkan duit dalam jumlah kecil.
Ini termasuk memasukkan duit-duit dalam amaun yang kecil dalam akaun-akaun yang bertebaran bagi mengelirukan penguatkuasa. Lepas itu, duit-duit ini akan dikumpul balik dan diintegrasi balik ke dalam ekonomi sebagai duit bersih.
Akaun GISBH yang PUKAS dedahkan itu, adalah akaun standard yang perlu dihantar ke SSM. Ini akaun tahun 2021, akaun terkini yang disimpan di SSM.
Banyak pula persoalan akaun ini. Amat menarik kerana mereka rugi semasa RM137,621… tetapi tidak terkejut pasal 2021 ini tempoh pelaksanaan PKP.
Lagi menarik pasal rekod kerugian terkumpul (rugi dari tahun-tahun sebelum itu) sebanyak RM2,837,124.
Dengan direct cost rendah kerana pekerjanya semuanya sukarelawan, keuntungan GISBH sudah mengalahkan Speedmart tetapi rugi.
Setakat ini dapat unqualified report dari auditor dia. Tak pula dapat emphasis of matters atau qualified report atas isu going concern.
Mungkin pasal jumlah aset RM6,087,043 masih besar dari jumlah liability = RM5,941,767.
Ikutkan kalau berniaga asyik rugi, kita kecilkan skala perniagaan itu. Ini tidak, lagi rancak buat bisnes siap ada projek nelayan laut dalam dalam, beli kapal besar.
Drama Megah Holdings
Ikut pada nama, GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) macam Ultimate Holding Company. Maksudnya, syarikat ni adalah holding company, yang paling atas. Di bawah itu mesti banyak anak syarikat atau syarikat bersekutu.
Kalau GISBH ada banyak anak syarikat (subsidiaries) dan syarikat bersekutu (Associate Companies), kenapa tidak submit consolidated account (akaun Holding Company yang disatukan dengan anak syarikat yang lain)?
Memandangkan GISBH bukan Holding Company dalam erti kata sebenar. Akaun yang disimpan ke SSM adalah unconsolidated account. Ia adalah result company on its own (akaun individu GISBH sahaja).
GISBH tiada pun subsidiaries atau associate companies di bawahnya pun. Pasal itulah mereka submit Un-Consolidated Account pada SSM. Nama saja Holding company. Ini semua kesan drama Melayu Megah Holdings 🤣
Mereka ini bukan bab akidah sahaja nak bertakiyah, dengan akaun pun nak bertakiyah juga.
So called anak syarikat atau pun syarikat bersekutu, hanyalah independent companies atau enterprises yang bertebaran, dan sengaja diwujudkan tanpa ada formal relation dengan GISBH.
Dan Enterprises itu bukanlah syarikat pun. Enterprise ini hanyalah business registration. Bayar RM70 kepada SSM, kau dapatlah register enterprise tu. Enterprise ini tidak boleh diangkat sebagai anak syarikat pun. Dan enterprise ni tiada kewajipan untuk diaudit.
Ada satu video dari Bani Tamim pi cakap (I guess, slip of mouth…), menyatakan syarikat-syarikat perniagaan mereka di bawah GISBH adalah dalam bentuk enterprise.
Ada satu video daripada ahli GISBH yang cakap dia menyertai perniagaan dengan GISBH dalam bentuk enterprise. Dia cakap dia adalah syarikat bersekutu dengan GISBH.
Itu sebab dengan cepat syarikat dan enterprises mereka ini tukar signboard, tukar nama kedai, kemudian cakap mereka tiada kaitan dengan GISBH.
Mereka terus claim kata mereka tiada hubungan dengan GISBH semasa polis serbu. Mereka hanya cakap dapat training dari GISBH saja.
Lepas ni, anda cuba jangan buat video lagi boleh tak? Ni dengan Nasir, Mokhtar, ahli GISB buka rahsia sendiri pada umum. Lepas tu nak salahkan polis tangkap mereka.
Mokhtar pun cakap rumah-rumah amal itu di bawah GISBH dalam podcast Cap, ditubuhkan bawah ROS.
Jadi, rumah-rumah amal ini level NGOs sajalah, takkan direkod sebagai anak syarikat.
Sebenarnya, syarikat dan enterprise yang bertebaran ini berserta rumah amal yang kononnya tidak terkait dengan GISBH inilah smurf-smurf GISBH, terutamanya rumah amal.
Rumah-rumah amal inilah cash cow mereka. Pasal mereka tahu orang Malaysia ini memang pemurah, lebih lagi kepada anak yatim.
Jadi, mereka pun yatimkan anak-anak ahli. Kasi bin atau binti kan Abdullah kepada budak-budak itu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, rumah amal ini pun distruktur supaya tidak terkait secara terus dengan GISBH.
Sudah ada laporan rumah-rumah amal yang PDRM serbu hari tu, mereka mendakwa bukan di bawah GISBH tetapi mereka kononnya hanya dilatih oleh GISBH.
Dalam Fasa 1, BNM bukan sahaja membekukan akaun GISBH, tetapi 96 akaun, hanya RM500,000 sahaja amaun yang dibekukan.
Masa Fasa 4, jumlah akaun dibekukan sudah menjadi 138 akaun, tapi hanya RM800,000 sahaja. Jumlah ini sangat tidak logik. Siapa lagi Smurfs mereka ini?
Ekonomi perut BOD
Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) sebenarnya ada kasi hint dalam page mereka. Bot laut dalam di Tok Bali tidak bergerak tangkap ikan pun.
Sempadan Thailand dengan Malaysia bukan jauh sangat pun. Setakat nak memindahkan wang fizikal pakai bot bukan susah sangat pun.
Dan PUKAS pun ada beri petunjuk yang mereka ini pun ada agensi pelancongan, bawa orang melancong dan umrah.
Setakat nak bawa physical money sekali masa bawa jemaah umrah bukan susah sangat pun. Projek di Pulau Topang, Riau pun hebat juga dengarnya.
Lepas itu, bank in lah duit tu di bank akaun luar negara. Saya tidak rasa mereka
menukar duit itu kepada crypto. Buat video pun berterabur. Habis terbuka rahsia sendiri.
Nanti kita dengarlah finding polis sama ada duit selebihnya itu sudah disimpan ke luar negara. Polis pun sudah tangkap bookkeeper GISBH. Itu bookkeeper di Malaysia. Di tempat lain?
Mana-mana syarikat-syarikat atau enterprise atau rumah amal yang betul-betul tiada kaitan dengan GISBH, come clean dengan polis lah. Jangan lupa bawa sekali akaun mereka serta penyata bank itu.
Kali ni, benam teruslah GISBH ini sebelum mereka bergraduan ke level Cuckoo Smurfing (boleh google).
Pada peringkat ini lagi pening nak banteras. Saya cukup risau budak-budak kecil rumah amal ini akan digrooming sebagai Smurfs semasa mereka besar nanti. Umur 18 tahun sudah boleh daftar enterprise di SSM dan buka current account enterprise.
GISBH ini tiada kena mengena dengan ekonomi Islam. Ini semua ekonomi perut Lembaga Pengarah (BOD) sahaja.
Memang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sangat layak untuk BOD ini. Janganlah suruh buat pengakuan bertaubat macam dulu-dulu tu.
Persoalannya, kalau Papa Smurf itu Chairman, siapa pulak Gargamel? KPN lah. Jangan marah Tan Sri KPN. Ampun, saya bukan GISBH. Saya peminat Andy Gibb aje.
Nantilah saya sambung balik. Asal menulis pasal GISBH dengan abuya, saya mengantuk. Power betul ‘air berkat’ mereka ni.
BACA JUGA Mangsa banjir Kedah makin bertambah, empat sungai ini lebihi paras bahaya