Pesara diikat tangan, mulut ditutup guna pelakat sebelum dicampak dalam sungai

Misteri kehilangan pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, di Baling akhirnya terungkai apabila polis memaklumkan mangsa telah dicampak ke dalam sungai dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Polis bagaimanapun masih belum menemui jasad mangsa, namun berjaya memberkas dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Dalam kejadian itu, Sabari dipercayai dicampak ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa, Derang di Kubang Pasu dalam keadaan tangan diikat.

“Hasil soal siasat, pengakuan telah dibuat oleh kedua-dua suspek bahawa mangsa telah dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra.

“Mangsa dicampak dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Fisol berkata, siasatan yang dilakukan melibatkan kes orang hilang melibatkan mangsa kini dilanjutkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambah beliau, polis juga telah memaklumkan perkembangan siasatan kepada keluarga mangsa.

“Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan menghormati serta menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

“Sebaliknya orang ramai diminta untuk membantu dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian kepada pihak polis,” katanya.

BACA JUGA ADUN Pelabuhan Klang naik angin dengan JKR, setahun jalan berlubang tak dibaiki