Identiti Lim Sian See pengkritik Rafizi terdedah dalam podcast Yang Bakar Menteri
Identiti pengkritik tegar Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli iaitu, Lim Sian See akhirnya didedahkan sekaligus mengesahkan khabar angin mengenai identitinya.
Beliau adalah Datuk Eric See-To yang juga sebahagian daripada pasukan komunikasi strategik Barisan Nasional.
Beliau memegang jawatan timbalan pengarah ketika Datuk Seri Najib Razak adalah Perdana Menteri.
Pendedahan itu dibuat selepas beliau menyahut cabaran Rafizi untuk hadir ke audio siar (podcast) Yang Bakar Menteri yang disiarkan secara rasmi di Facebook Rafizi.
Podcast berkenaan dirakam pada 6 September lalu selepas Rafizi dan Lim mempunyai masa lapang untuk sesi rakaman itu.
See-To berkata, Rafizi sebenarnya sudah tahu siapa individu di sebalik nama samaran Lim Sian See, walaupun Rafizi menafikannya.
See-To juga berkata beliau bukan anti-kerajaan atau menentang Rafizi, sambil menambah bahawa mereka kini sebahagian daripada pasukan yang sama, merujuk kepada Pakatan Harapan dan BN menjadi rakan kongsi dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
BACA JUGA ‘Islam tidak kalah’ kata pengikut Pas selepas kalah PRK