‘Islam tidak kalah’ kata pengikut Pas selepas kalah PRK

OLEH AHMAD MURSI

Ini antara kata-kata penyokong Pas selepas PN kalah di Mahkota dan Nenggiri.

Betul, Islam tidak kalah, yang kalah itu PN-Pas.

Jika mereka anggap Pas itu agama, dan bukan parti politik, itu dah mendekati kultus.

GISBH gunakan perniagaan, Pas gunakan politik. Bolehlah nyanyi ‘Skibidi bidi Pas Pas Pas’.

Lawan PN-Pas juga beragama Islam ikut Al-Quran dan Sunnah.

Jika hanya Pas dianggap Islam yang lain tidak, itu dah masuk bab Khawarij.

Parti politik hanya siyasah syar’iyyah, ijtihadnya berkait maslahah, tafsirannya berbeza-beza.

Kaedah fiqh: “Tindakan seorang pemimpin terhadap rakyatnya hendaklah berasaskan kepada kemaslahatan.” تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

Politik Islam fleksibel, tak terikat nass yang khusus, asalkan menjaga maslahah dan elak mudarat mengikut prinsip syarak.

Hukum politik tak seketat ibadah atau akidah. Hanya Pas jadikannya ketat dan paksa orang ikut tafsiran mereka.

Tujuan Pas bukan tarik orang kepada Islam, tapi kepada parti.

Agama ditafsir untuk tunjuk Pas cantik, lawannya pula ‘terkeluar dari Islam’.

BACA JUGA Terjawab kenapa minyak masak paket susah nak jumpa di pasar raya