Menjawab propaganda pembangkang kononnya kerajaan pro-Israel
Oleh LIYANA MARZUKI
Propaganda yang kita dengar ”Kerajaan Madani pro-Israel, balaci Zionis”. Itu yang diputar-putar.
Namun, jika melihatkan dasar luar Malaysia sekarang, negara kitalah yang paling kuat menentang.
Kemasukan Israel dalam Bank Pembangunan Asia (ADB) minggu ini, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang protes dan buat undi menolak.
Daripada 64 negara Asia, Malaysia berdiri sendirian – Menolak kemasukan Israel. Tiada negara Islam lain yang berbuat sedemikian.
Malaysia juga yang menggesa PBB wujudkan kembali Jawatankuasa Anti-Aparthied untuk mengenakan sekatan senjata ke atas Israel, lantang Menteri Luar kita bersuara di pentas PBB, mendapat tepukan jua.
Semua ini ada risikonya ke atas negara kecil seperti Malaysia tetapi kerajaan teruskan jua.
Selama 20 tahun kapal Israel gunakan pelabuhan kita, akhirnya awal tahun ini kerajaan sekat mereka. Itu amaran keras, kita bukan wayang saja. Kita buat betul-betul.
Kesatuan kita dengan China dan Rusia melalui BRICS (gabungan lima negara ekonomi besar yang sedang berkembang pesat, iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) tunjukkan kita tidak bersetuju dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS).
Banyak tindakan kerajaan ini menunjukkan mereka menentang dengan terbuka dan lantang isu Palestin. Membuatkan naratif pro-Israel itu macam propaganda yang tidak berguna.
Ulang sampai lebam
Malam ini, BlackRock secara rasmi akan mengambil alih Global Infrastructure Partners (GIP) di Bursa Saham New York.
Selepas ini, akan bangkitlah propagandis pro pembangkang membawa isu ini, katanya BlackRock sudah tawan lapangan terbang kita. Madani ini pro-Yahudi. Asyik ulang-ulang sampai lebam.
Walhal, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) itu 70 peratus pegangan Khazanah dan KWSP. 30 peratus lagi dikongsi GIP dan Abu Dhabi Investment Authority.
Elemen BlackRock dan GIP itu dalam MAHB tidak sampai 15 peratus. Sama saja BlackRock pegang saham-saham kilang di Kedah, Kelantan dan Terengganu serta bilamana Kerajaan PN bagi BlackRock uruskan dana syariah KWSP RM2.5 bilion.
Itu mereka kalau boleh taknak anda tahu.
Saya bukan apa. Propaganda BlackRock ini nampak sangat propaganda nak menjatuhkan ekonomi Malaysia.
Mereka tahu kalau kita buat pasal dengan pengurus dana terbesar dunia, ringgit dan saham Malaysia akan terjejas.
Nak politik-politik juga tetapi apabila jejaskan negara, harus berpada-pada.
Loyalty to party ends, when loyalty to country begins. Itu yang harus terpakai.
BACA JUGA Tanda Pas berjangkit penyakit kultus sama macam GISBH