Ringgit kini terbaik di dunia, naik lebih laju dari emas

Ringgit pagi ini dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat, mengekalkan momentum peningkatannya sejak awal Julai lalu.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada paras 4.1200/1275 berbanding dolar AS daripada 4.1210/1260 pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit juga diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Sementara itu data daripada Bloomberg menunjukkan nilai ringgit naik sebanyak 14.35 peratus berbanding dolar AS dalam tempoh tiga bulan terakhir, mengatasi emas yang naik 14.2 peratus, di tempat kedua. Data ini meliputi tempoh antara 27 Jun hingga 27 September.

Memetik FMT, ringgit kini menjadi mata wang dengan prestasi terbaik di dunia berbanding dolar AS, menurut penganalisis kanan MUFG Bank, Lloyd Chan.

Chan mengaitkan pemulihan mendadak ringgit dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia dan kitaran penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan AS yang berterusan.

BACA JUGA Orang kita bising, orang kita juga dalang sindiket seleweng minyak masak