Media Singapura lapor Ringgit berpotensi cecah RM2.90 untuk 1 SGD tak lama lagi

Sebuah agensi media berpengkalan di Singapura melaporkan ringgit Malaysia boleh mencecah RM2.90 untuk 1 Singapura Dollar tidak lama lagi.

Lapor portal Wake Up Singapura yang memetik seorang pakar, ringgit dijangka boleh mencecah lebih rendah daripada 2.9.

Aliran positif ini sebahagian besarnya didorong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang memberangsangkan dan perubahan terbaru dalam kadar faedah global.

Loo Cheng Chuan, seorang usahawan teknologi Singapura, menyatakan bahawa kenaikan ringgit ini wajar diberi perhatian oleh kedua-dua rakyat Malaysia dan Singapura. 

Beliau mendapati ringgit telah meningkat daripada sekitar RM3.50 kepada kira-kira RM3.20 berbanding SGD dalam tempoh enam bulan lalu, menyaksikan peningkatan sebanyak 8 peratus.

Loo berpendapat dua faktor utama menyumbang kepada pergerakan meningkat ini antaranya keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menurunkan kadar faedah dan reformasi ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri.Anwar Ibrahim. 

“Kerajaan Malaysia juga telah memotong subsidi bahan api dan melaksanakan dasar yang sukar, seterusnya menyokong peningkatan mata wang,” katanya.

Selain itu Loo berkata, lonjakan ringgit membawa pelbagai implikasi untuk kedua-dua negara. Bagi pengguna dan perniagaan Malaysia, mata wang yang lebih kukuh bermakna import lebih murah, yang merupakan kelegaan yang dialu-alukan selepas tempoh mencabar kejatuhan nilai ringgit sebelum ini. 

Walau bagaimanapun, peningkatan ini juga memberikan cabaran kepada perniagaan berorientasikan eksport. 

Ringgit yang lebih kukuh boleh mengurangkan keuntungan bagi syarikat-syarikat ini apabila menukar semula pendapatan asing kepada mata wang tempatan, memberi kesan kepada keuntungan mereka.

BACA JUGA Pelajar UMS bawa guni sampai dapat perhatian menteri buka cerita sebenar