Empat sungai di Selangor lepasi paras bahaya
Paras air di empat sungai di Selangor sedang melepasi tahap bahaya setakat jam 9 malam tadi.
Kesemua sungai berkenaan menunjukkan trend menaik manakala hujan masih berterusan.
Mengikut laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor mencatatkan bacaan 27.28 meter (m) yang melepasi tahap bahaya.
Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Damansara di Kampung Melayu Subang, Petaling;
Sungai Bernam di Rimba KDR, Sabak Bernam dan Sungai Kuang di Kampung Melayu Seri Kundang dekat Gombak.
BACA JUGA Pendera kanak-kanak GISBH didakwa esok