Pendera kanak-kanak GISBH didakwa esok
Lelaki disyaki mendera kanak-kanak berkaitan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa esok.
Menerusi jemputan media, Bukit Aman memaklumkan pertuduhan itu akan dilakukan sekitar pukul 8.45 pagi di Mahkamah Selayang, Selangor.
Suspek akan dituduh di bawah kesalahan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, Ketua Polis Negara memaklumkan, setakat ini jumlah ahli GISBH yang masih dalam tahanan reman di bawah Sekyen 117 Kanun Prosedur Jenayah adalah seramai 93 orang.
Sementara itu, 34 individu lagi ditahan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012).
BACA JUGA Isu GISBH: Sultan Selangor perkenan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri