Ringgit berprestasi terbaik dunia hasil gandingan ‘The dream team’
Oleh NAJIB BAKAR
The dream team. Bagaimana naratif ekonomi negara dimulakan oleh Rafizi Ramli di Kementerian Ekonomi?
Ringgit adalah mata wang/komoditi nombor satu, paling berjaya di dunia mengatasi dolar Amerika Syarikat (AS) sepanjang tiga bulan lepas.
Ringgit siap kalahkan emas. Sekarang, Ringgit tak ‘main’ Liga ASEAN, bukan juga Liga Asia, Ringgit dah main tahap Liga Dunia.
Berapa banyak Ringgit naik mengatasi dolar AS sepanjang 3 bulan lepas? 14.35%
Berapa banyak emas naik mengatasi dolar AS dalam tempoh yang sama? 14.2%
Pasaran saham pun naik, pada bulan Mei, market capitalisation cecah RM2 trilion, tertinggi dalam sejarah.
Maknanya, cerita, naratif ekonomi yang dimulakan Rafizi Ramli dan Kementerian Ekonomi tahun lepas dah mula membuahkan hasil.

Ditambah dengan kerja PR yang dilaksanakan dengan cemerlang oleh PMX Anwar Ibrahim, lagilah senang nak meyakinkan pelabur.
PMX ke luar negara, jumpa rakan dagang sedia ada dari mana-mana blok dan kuasa dunia, sebut saja mana, AS, China, Australia, Timur Tengah, Asia Barat.
Kemudian PMX ke Russia untuk meneroka pasaran baru dengan kuasa dunia di blok berbeza.
Malaysia mengambil sikap pertengahan, sebab kita negara dagang. Perihal kuasa dunia nak berlawan dan bersaing sesama sendiri tu bukan hal kita sangat.
Di samping itu, PMX sempat berdakwah tentang perjuangan warga ditindas di Timur Tengah, di depan muka pemimpin dunia.
Maknanya, the nitty gritty, kerja memikir di belakang tabir, adalah tugas Rafizi Ramli dan Kementerian Ekonomi.
Tugas PMX adalah membawa naratif ekonomi baru ini untuk meyakinkan pelabur luar.
Dan ya, pelaburan yang masuk itu sangat dahsyat, itu diterjemahkan dengan kekuatan Ringgit dan di pasaran saham Bursa Malaysia.
Apa naratif ekonomi yang kita sedang bawa?
Kerajaan Madani sekarang tumpukan kepada 5 sektor penting yang jadikan Malaysia negara ‘seksi’ untuk pelabur.
- Advance E&E (semiconductor chip)
- Digital and Tech Product
- Rare Earth Mineral
- Energy Transition
- Modern Farming
Dalam kelima-lima sektor ini, Kementerian Ekonomi ada penglibatan sejak awal.
Kira trending lah Malaysia sebagai lokasi pelaburan paling ‘panas’ dalam kalangan masyarakat antarabangsa.
Untuk kelima-lima sektor ni, saya akan tulis yang lain satu-persatu. Sebab itulah saya katakan, gandingan ini adalah The dream team untuk Malaysia.
BACA JUGA Dr Akmal jadi jurucakap PN, dakwa pengarah komunikasi Umno
Â