Terketar-ketar tangan Netanyahu selepas Iran gegar Tel Aviv

Tular video yang memaparkan tangan Benjamin Netanyahu terketar-ketar dalam sidang media sejurus Iran malam kelmarin menggegarkan Tel Aviv dengan kira-kira 180 peluru berpandu balistik.

Reaksi spontan Netanyahu yang bakal mencecah usia 75 tahun pada 21 Oktober itu dapat dilihat jelas semasa pengganas dunia berkenaan membacakan ancaman balas dendam terhadap Iran.

Lapor Agensi, tingkah laku dan gerak isyarat Netanyahu menunjukkan tekanan mental dan kehilangan kawalan ke atas keadaan yang berlaku pada masa ini.

Menurut pemerhati, Pravda.Ru Lyubov Stepushova, reaksi menerusi video berdurasi empat minit itu adalah isyarat penting bahawa Perdana Menteri Israel berkenaan seperti ‘tertekan’.

Malam kelmarin, Iran melancarkan serangan balas secara besar-besaran ke atas kawasan Palestin yang diduduki pengganas Zionis.

Serangan itu sebagai tindak balas terhadap Israel yang membunuh pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang masing-masing syahid pada 31 Julai dan 27 September lalu.

Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan bahawa pihaknya menyasarkan pusat strategik Israel di Tel Aviv “dengan peluru berpandu yang dibuat oleh anak-anak Iran.”

Tegas IRGC, 90 peratus daripada peluru berpandu berjaya mengenai sasaran, dan rejim Zionis takut dengan perisikan dan penguasaan operasi Republik Islam walaupun kawasan itu dilindungi oleh sistem pertahanan yang paling canggih dan berskala besar.

Menurut IRGC, operasi itu dilakukan dalam rangka hak pertahanan yang sah dan berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan sebarang kebodohan musuh akan dijawab dengan cara yang merosakkan dan dikesali.

Menerusi kenyataannya, IRGC memberitahu pangkalan yang diserang adalah “pusat konspirasi dan perancangan pembunuhan terhadap pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah di Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah serta komander tentera Hizbullah, kumpulan Palestin dan komander Pengawal Revolusi.”

@dr.muhammadreza.a

Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu’s hands are shaking violently after the missile attack by Iran’s Islamic Revolutionary Guard Corps. #Israeli #Prime #Minister #Benjamin_Netanyahu ‘s #hands are #shaking #violently after the #missile #attack by Iran’s #Islamic #Revolutionary #Guard #Corps .

♬ original sound – Dr.muhammadreza.Alashti

BACA JUGA Pesanan Iran melalui telefon bimbit rakyat Israel menggegarkan, apa pesanan itu