PM dapat anugerah awam tertinggi Pakistan
Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan anugerah awam tertinggi Pakistan, Nishan-e-Pakistan, oleh Presiden negara itu Asif Ali Zardari dalam satu majlis di Istana Presiden, Aiwan-e-Sadr, hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara Asia Selatan itu, melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Zardari.

“(Anugerah ini) merupakan pengiktirafan tertinggi daripada kerajaan Pakistan atas kepimpinan Anwar dalam menggalakkan dan meningkatkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Pakistan,” kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan kepada media Malaysia baru-baru ini.
Turut menghadiri majlis anugerah itu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan anggota delegasi Malaysia yang lain.
Presiden Zardari kemudiannya meraikan Perdana Menteri Malaysia itu dalam majlis makan malam di Istana Presiden.
BACA JUGA Universiti Pakistan buat konvokesyen khas untuk beri PhD kepada PMX