Subsidi pendidikan golongan maha kaya bazir sumber kerajaan
Oleh NAZRI HAMDAN
Cadangan PMX untuk hapus subsidi pendidikan dalam kalangan golongan maha kaya mendapat respon bercampur-campur. Ada sokong ada yang tidak.
Secara prinsip, tiada apa yang salah di sini. Golongan maha kaya memang tidak patut dapat subsidi. Bukan saja subsidi pendidikan, tapi apa jua bentuk subsidi. Ini adalah satu prinsip yang sepatutnya semua bersetuju.
Ada juga yang cakap golongan maha kaya tak hantar anak mereka ke sekolah / institusi pendidikan awam tapi hantar ke sekolah antarabangsa / institusi swasta. Mana data nak sokong hujah ini? Tak ada.
Cabaran utama di sini ialah bagaimana untuk mendefinisi golongan maha kaya itu. Setelah definisi ini jelas, baru kita boleh tahu berapa ramai sebenarnya anak orang maha kaya sedang menikmati subsidi pendidikan awam.

Akan tetapi, kalau soal subsidi ini tidak diteliti, secara logiknya makin ramai golongan maha kaya akan mendapat subsidi dan ini membazir sumber kerajaan.
Ini kerana, ramai yang tidak menyedari bahawa Malaysia adalah negara ketiga di Asia yang mana golongan kaya semakin berkembang dengan ramai – mengikut kajian Knight Frank.
Mereka yang ada net worth USD 30 juta atau lebih akan meningkat dengan ketara antara 2023 hingga menjelang 2028.
Kedua, cukai pendapatan paling tinggi dikenakan kepada golongan pendapatan tinggi ialah 30 peratus.
Maksudnya, tak kiralah berapa banyak pun pendapatan mereka, maksimum ialah 30 peratus. Ini berbeza dengan negara-negara OECD pada sekitar 42 peratus.
Disebabkan tiada kenaikan dalam cukai pendapatan bagi golongan top tier ini, subsidi yang diberikan kepada mereka wajar disemak semula.
Kekayaan kumulatif orang-orang super rich di Malaysia ini telah naik sebanyak RM 360 bilion pada tahun 2022 – DM Analytics. Maknanya, secara logik makin ramai super rich akan dapat subsidi kalau tidak diteliti.
Sektor pendidikan adalah di mana kerajaan menanggung subsidi yang sangat tinggi. Di universiti awam, 80 peratus kos disubsidi oleh kerajaan. Tiada masalah pada golongan miskin tetapi golongan maha kaya juga dapat subsidi ini.
Secara prinsip, subsidi adalah bantuan kerajaan. Ia patut dikekalkan kepada golongan miskin dan sederhana.
Kalau terus dibiarkan terus secara pukal, sumber kerajaan akan dibazirkan, hutang akan jadi tidak terkawal.
BACA JUGA Sultan Selangor perkenan fatwa GISBH seleweng akidah Islam