Apa itu BeBAs yang dilancarkan hari ini?

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, program walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau BeBAs ialah satu siri pengenalan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024.

Terdapat peruntukan baru dalam akta ini yang melibatkan pengusaha kedai makan iaitu Larangan Pameran di Kaunter Jualan

Program ini menekankan kepentingan pendekatan seluruh masyarakat dalam penguatkuasaan akta tersebut.

Di peringkat negeri Selangor, tiga badan bukan kerajaan dan Sembilan persatuan peniaga dan persatuan penduduk telah menyertainya hari ini.

Walkabout hari ini melibatkan 44 premis di Eco Grandeur Puncak Alam.

Sebanyak 13 premis makanan mendapat pengiktirafan premis Bersih dan Selamat (BeSS).

BACA JUGA: Akta Kawalan Produk Merokok: Kesedaran meningkat tapi perlukan penjelasan lanjut